Menteri Pertahanan, Dato' Seri Mohamed Khaled Bin Nordin hari ini menjelaskan insiden tekap seterika yang melibatkan pegawai kadet di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia pada 22 Oktober lalu bukanlah tindakan 'ragging' sebaliknya berkemungkinan adalah pergaduhan isu peribadi melibatkan kekasih.
Insiden yang melibatkan pelajar tahun dua dan tahun empat itu, tambah Khaled adalah satu insiden tersendiri dan tidak melibatkan kumpulan besar.
Ketika menjawab persoalan yang diajukan wartawan, Khaled secara spontan menjawab, "Mungkin dia bergaduh 'girlfriend' ke apa, kita tak tahu".
Sumber Video: Berita AlHijrah